Salam, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga pada
pegawai-pegawai yang terlibat dalam JPNR.
Pada mulanya saya tidak tahu akan kewujudan program atau
aktiviti untuk pelajar yang duduk di luar kampus. Setelah di lantik sebagai
exco. Saya amat berbesar hati dan bersyukur, dengan
jawatan yang diberikan, banyak tanggungjawab yang harus dipikul terutama nya untuk
menarik minat pelajar ijazah yang duduk di luar kampus untuk menyertai program
ini. Program ini tiada yang semudah yang disangka untuk menarik pelajar NR jika
kita tidak usaha. Alhamdulillah, penyertaan pelajar masih memberangsangkan. Kewujudan
JPNR ini menaikkan semangat saya dalam menglibatkan setiap aktiviti yang
dijalankan oleh JPNR. Ia juga memberi saya keyakinan dan kecerdasan minda dan
secara tidak lansung mudah berkomunikasi antara satu sama lain. Program-program
yang dianjurkan oleh JPNR ini banyak memberikan manfaat kepada pelajar,
kekuatan fizikal dan mental, dan lebih bertanggungjawab.
Sukar untuk
mengambarkan tentang perasaan ini. Perasaan suka, duka, gembira bersama,
perasaan teruja dan sebagainya. Saya
telah buat yang terbaik dan ingin menjadi lebih baik di masa akan datang. Akhir
kata, “There is no short cut for us to success
except you put yourself on it”
p/s : terima kasih kerana mempercayai saya untuk pikul tanggungjawab ini. so much love :-*
No comments:
Post a Comment