Wednesday 30 May 2012

::::MUNGKIN, TAK PASTI, AKU YAKIN::::

aku tak tau lah, smpai bila aku masih nak jaga hati orang... smpai bila aku nak fikirkan tentang perasaan org. aku pown mahukan kebahagiaan. aku pown mahukan KEJUJURAN. tapi aku dah tekad dengan satu hal. aku xmahu hdup aku jd mundur sebab kan kau. aku x mahu hdup aku jd sayu sebabkan kau......

MUNGKIN aku maafkan ape yang ko TIPU itu kat aku,
MUNGKIN aku maafkan ape yang kata-kata KEJAM dan MENYAKITI aku..

TAPI aku TAK PASTI yang aku masih boleh MAAFKAN atau TAK dengan PERBUATAN kau kat aku,
aku TAK PASTI dengan KESEDIHAN yang aku rase sekarang ni sampai bila..
dan aku TAK PASTI aku MASIH boleh TERSENYUM atau TAK bila kau sedang BERBAHAGIA dengan SI DIA..
Aku TAK PASTI kita boleh jadi kawan apabila kau putuskan DARI KEKASIH KEPADA KAWAN...

OLEH ITU, sampai sini sahaja kita berhubung.. tak kira sepanjg mana mase pown untuk bertahan terus menjadi kawan.dan sampai di sini saja utk terus menerus berhubung dengan KELUARGA kau..

SEBAB AKU YAKIN.. BANYAK YANG MUNGKIN DAN TAK PASTI dalam hidup ini bila bersama kau.
AKU YAKIN aku masih setia dan masih sayangkan kau walau kau masih bersama dengan kekasih kau.. tapi biarlah cinta ini dalam hati sahaja.
AKU YAKIN ini adalah terbaik dalam segala keputusan... BAIK kau, KELUARGA KAU dan mahupun GF kau.

TERIMA KASIH sebab kau knalkan siapa KELUARGA kau.
TERIMA KASIH juga sebab kau wat aku terus begini..salam.

 p/s : I want to REFRESH my mind.. DELETE all my problems.. UNDO all my mistakes.. & SAVE the happy moments

Tuesday 22 May 2012

cerite suke sukie

kisah ni xde kne mngena hdup mau pon mati. jika ade kne mngena mungkin ianya hanyalah suatu kebetulan :p
dialog ini mengisah incik pakwe mau mngajak cik awek nya utk borak bsama, tp bila borak2 cik awek ni wat mcm  xreti jew.
Onion Display Emoticon Set
bila cik awek xborak2 ngan incik pakwe.

namun, incik pakwe ni akal dye panjang untuk knekan cik awek nya.
Pakwe : awak nak keluar dengan saya tak.?
 Onion Display Icons
(gini lah gaya nya incik pakwe ajak borak)

Makwe : erm..

Pakwe : awak dengar tak saya cakap apa..?
Makwe : yea..
Pakwe : apa saya cakap tadi.? (dengan confident nya incik pakwe bertanya lagi skali kat cik awek)

Onion Display Emoticon 
(ni lah lagak gaya incik pakwe bila ditanya wat kali ke-2)

Makwe : awak nak keluar dengan saya tak.?
Pakwe : nak....hehe

Onion Display Emoticons
(dapat knekan cik awek nya)

-the end-
P/s: agak2 muka incik pakwe ni nk kne makan penampar tak? haha

..::10 'K' Dalam Persahabatan ::..

Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

Bagaimanakah kamu ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang kamu ada?

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.


KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN
terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.
::::stitches:::

:::friends 4eva:::



sahabat karib sudah berkahwin (19/05/2012) tahniah awak!



p/s : rindu kat korang sumer :(

bukan nak mengungkit tp dah dibangkit

"Huh! semua perkara nak dibangkitkan?"
" Apa masalah awak sekarang ini? Kalau macam inilah sikap awak, sesiapa pun tak akan bertahan! Muak dengan cara awak yang tidak pernah ingin melupakan kisah lalu"
 Jangan sesekali mudah mengungkit dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pasangan kamu sendiri.
Setiap pasangan pasti tidak akan terlepas daripada dibelenggu perasaan sedih dan makan hati. Ada kalanya pasangan kamu tidak boleh menerima langsung kisah lampau yang pernah menghantui kehidupan kamu. Malah kesalahan kecil yang pernah kamu lakukan itu juga pasti akan menjadi isu setiap kali pertelingkahan berlaku. Walaupun pada mulanya Si Dia sering mengguna pakai pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih” itu kepada kamu, Seolah-olah ia hadir hanya di bibir sahaja dan bukan dari hatinya yang ikhlas. Jadi apa tindakan kamu? Membiarkan sahaja atau berterus terang? Jom atasi pasangan bermasalah ini dengan tindakan yang sewajarnya.

Patahkan hujahannya

Mampukah kamu mematahkan hujahnya itu? Nak membidas pun rasa serba salah apatah lagi nak mematahkan hujahannya. Kamu perlu ingat bahawa kamu ada hak untuk bersuara walaupun kamu rasa perkara itu akan memburukkan lagi hubungan kamu berdua. Bagi kamu, selagi boleh bertahan, kamu akan cuba juga. Sekiranya kamu terus-menerus membidas dirinya, ini akan menyebabkan si dia berasa hati. Kamu kena ingat, si dia tidak pernah pun memikirkan perasaan kamu sebaliknya dia lagi nak menyakitkan hati kamu. Oleh itu berpada-padalah, jangan sampai si dia menginjak-injak maruah kamu dengan sesuka hati!

"Perli” Si Dia

Bukan susah pun nak mengajar si dia yang kaki mengungkit. Sekali sekala kamu cuba perli si dia dengan mengatakan, “Eh, awak pun bukan tak pernah buat salah, tak silap saya dulu awak pun...,” Mungkin kata-kata ini boleh membuatkan si dia termalu sendiri dan sedar bahawa dirinya juga bukan seorang manusia yang sempurna. Jadi, janganlah main sedap mulut je nak hentam kamu. Si dia ingat kamu ini manusia berhati kering dan langsung tak ada perasaan. Helo! Si dia pun ada kalanya sensitif juga bila mana kamu main lepas cakap sahaja.Sekurang-kurangnya kamu tahulah juga nak memohon maaf berbanding dirinya yang ego itu.

Tolonglah Berubah!

Ish! Kalau diikutkan hati yang marah, pasti sudah lama kamu membidas dan meninggalkannya, bukan? Sebaliknya, kamu cuba juga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Bayangkanlah kamu sanggup bersusah payah untuk dirinya walaupun perkara itu kadangkala tidak relevan untuk kamu lakukan. Sayang punya pasal sebab itulah sanggup, tapi cuba kamu fikirkan semula ada atau tidak si dia berkorban seperti mana kamu lakukan? Kalau tak ada, tolong jangan menyeksa diri kamu sendiri. Kalau setiap kali bergaduh semua perkara nak diungkitnya, susahlah macam tu. Lama-kelamaan kamu pun boleh berjauh hati. Oleh itu mintalah si dia berubah demi mempertahankan hubungan ini, kalau tak baik kamu tinggalkan si dia sahaja!

Lupakan Kisah Lalu

Sebelum kamu berdua mengisytiharkan hubungan kalian ini pasti di antara kamu pernah menceritakan kisah lalu bersama kekasih ataupun membuat perjanjian,andai kata masing-masing melakukan kesilapan tidak perlu diungkit lagi sebaliknya mencari penyelesaian kepada permasalahan itu, kan?” Tujuannya hanyalah untuk menghindarkan kalian berdua daripada pertelingkahan yang lebih besar. Sekiranya si dia mula membangkitkan hal-hal yang lepas mohon si dia ingat kembali kata-kata janji yang pernah dituturkan kepada kamu sebelum ini. Biarlah perkara yang lalu menjadi sejarah dan jangan sesekali diingatkan lagi.

p/s : Situasi ini merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap pasangan yang bercinta. Oleh itu kamu harus menerima pasangan kamu seadanya. :-*