Thursday 27 December 2012

:::how to make megi curry cheese:::

salam oollsss..
harini sy nk share sal resipi yg aku wat ni.. ahaaa ramai yg tnya mcmne wat ni kan..

okeyh ni bahan2 nya:
separuh bawang besar,
cheese,
2 paket megi curry,
sayur(tp sy guna syur kobiz),-pastikan dh dipotong kecik2..
hotdog( untuk penambah perasa)-pastikan dh porong kecik2..
1 biji telur

cara membuatnya :
bawang besar tu dpotong kecil kemudian tumis, pastu dh naik baunya tu.. pastu masukkan syur.. tumis syur tu smpai masak.. pastu masukkn air utk masukkan megi nya..ahaaa jgn msukkn perencah nya lagi !!
agk2 dh msak megi tu(tpmcm baru nk msak) baru lah masukkn perencah(depends kat u oollsss nk ltak bape byk).. kemudian diikuti dengan telur, pastu kacau2(stir).. pastu agak2 nk masak dh megi tu(hampir masak) masuklah cheese. bila dye cair terus ttup apinya! jadi siap lah masakan nya..

yess! dh ciap.. megi curry cheese wif nescafe.
simple kan??selamat mencuba!! :D

p/s: study x lagi, sempat agi nk jd chef kejap hihihi :P ... doakan sy dapat menjawab final exam n mndapat keputusan cemerlang ye. amin

Sunday 25 November 2012

:::i love this words:::

“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
:')
happiness will find me,
leave the past behind me, 

a whole new world is waiting it's mine for the taking
I know I can make it, 
today my life begins,

life's too short to have regrets,

so I'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live,

so you better make the best of it...

Saturday 24 November 2012

:::Felinna losyen :::

assalamualaikum :)
aku nk kongsi crita sikit..kisah nya mcmni.. aku xde lah kte x percaya kat sesuatu produk, tp sukar nk percaya.
ade lah suatu hari tu aku saje je letak gmbr yg ni kat FB aku..

pastu x smpai bpe minit, dh ramai sgt tanya, mcmne nk order sb sebelum ni pnah pkai n sgt mujarab.. ad yg ckp mcmni, awk pon pkai yg ni ye? bgus kan produk ni..sb sy pkai ni mmg btul2 bkesan..yg lagi dasat nya..ad yg lain tnya, eh bguslah awak ade JUAL yg ni.. awk ad stock ready x?
**buzzzzz!!! mcm kne karen plak aku.. mne tnya, aku juz post jew bnda ni kat fb, x sgka plak sumer comment yg memberangsangkan!!!**
honestly, AKU SENDIRI POWN X PAKAI LOSYEN NI!!! celah mne plak aku jd agent ni???
pastu aku pown tertanya2, btol ke produk ni? mujarab sgt ke smpai komen kat FB aku ni ramai sgt??
at last, aku pk gak.. ok gak kalau aku wat business skit. demi permintaan ramai, aku pown gi tnya agent yg sal losyen ni.. pastu dh dpt brg ni, aku order dlm 10 btol utk starting..
dan aku pkai satu utk cuba, btol ke org ckp, padahal dh bli tu.. n aku x sangka mmg mujarab, bru sapu utk stu hari mmg TURUN SETENGAH INCH!!!  kalau aku pkai tiap2 hari??? wahhhhh~

aku post kejap je sal yg aku ad ready stock FELINNA LOSYEN ni.. x smpai stengah hari, mmg dh hbis order !! ad yg smpai order 2, 3 btol!!
alhamdulillah.. ramai yg bertanya saya tentang Felinna losyen ni.. Ramai juga yang dah order lagi.. thankss :)

bagi yang first time dengar tentang losyen ni.. saya ada sedikit details produk ni..

* anda TIDAK PERLU DIET untuk kelihatan slim.

* lotion ni SANGAT WANGI
(takde bau serai , minyak angin , halia ,NO NO NO)
bau mcm pakai perfume ya, bau yg sgt2 soft and wangi la.. hehe

* TIDAK PANASSSSSSSS!!! INCHLOSS sgt mesra pengguna ,dia rasa berangin n mint je xde la rasa mcm kena salai.

* INCHLOSS xde bahan kimia..INCHLOSS mampu melembutkan kulit anda memudarkan selulit2 or apa2 yg menggerutu di kulit ittew..hik

** all in all,,INCHLOSS sangatttt HEBAT!!!
bg sape2 yg nk order kat sy, harga nya RM75. boleh comment kat cini kalau nk lebih detail (:

Thursday 15 November 2012

Tutorial Cara Menukar Nama dan Password WiFi P1 WiMAX


Salam 1 Malaysia. Hari ini aku nak berkongsi cara-cara atau lebih kepada tutorial menukar nama dan password wifi P1 WiMAX daripada tetapan asal. Hampir semua sedia maklum, password bagi wifi P1 WiMAX mudah untuk kita ketahui jika username atau nama wifi atau SSID tersebut merupakan SSID asal semasa pembelian modem. Nama wifi dan password P1 WiMAX ini memang kita sendiri yang perlu menukarnya daripada tetapan asal. Ok jom kita start.

1. Mula-mula kita masuk url ni http://10.1.1.254 pastikan kita sedang menggunakan talian internet P1 WiMAX yang kita hendak tukar nama wifi atau password tersebut. So lepas enter url tersebut akan terpapar page seperti dibawah.


2. Masukan Username dan Password. Tak tahu? Tidak mengapa. Masukan Username admin dan isi kan Password admin123 kerana Username dan Password tersebut merupakan tetapan asal pemilik akaun P1 WiMAX. Kemudian klik Login dan akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.


3. Klik pada Networking seperti diatas kemudian akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.

4. Klik pula pada WiFi seperti gambar diatas, ubah juga dibahagian User Default dengan memilih User Defined klik Next dan kemudian akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.

5. Di page ini korang boleh mengubah nama wifi korang dengan mengubah SSID di bahagian Common Setting dan boleh mengubah password wifi korang dengan mengubah WEP Key dibahaguan Security Setting seperti gambar diatas. Selepas selesai ubah klik Apply dan akan auto redirect ke home page asal tadi. Kemudian restart la modem P1 WiMAX korang tu. Akan muncul la nama wifi baru di Wireless Network Connection di laptop korang.

p/s : Untuk menukar Password pada Username semasa login di step no. 1 boleh pilih Personalization seperti yang terdapat di step no. 3 | Jangan sesekali klik Stop pada step no. 4

Entri ini aku buat atas permintaan kawan aku dan aku harapkan dia berjaya la menukar nama dan password wifi P1 WiMAX dia tu. Entri ini juga untuk dikongsi bersama sedikit sebanyak ilmu yang ada terutamanya bagi pengguna talian P1 WiMAX supaya dapat menggelakkan talian korang dicuri dan akhirnya internet P1 WiMAX korang akan lembab dan akhirnya bandwith akan limit. Segala pertanyaan, kritikan dan sebagainya boleh dilemparkan dibahagian komen dibawah. Sekian.

p/s : Jika ada terdapat masalah kemungkinan anda menggunakan p1 box putih atau versi baru, sila hubungi 1-300-03-1300 cik wanie atau pegawai lain untuk maklumat lanjut.
**sharing is caring NOKKKK!!** hehe

Sunday 22 July 2012

sudah berkali aku mencuba TT__TT

dari dulu smpai sekarang aku nk cuba lupakan si dia. sekarang dye dh bhgia ngan GF dye tu.. tp nape lah aku still berharap nk kat dye jugak? sekarang aku dh block dye dari hdup tp aku cuba untuk remove dye dari hdup aku..
thanx kawan2 sebab sudi dengar cerita aku yg ntah ape2 ni. asik bnda yg same kan.. aku igt jew nsihat korg..tp aku cuba lah nk praktikan utk menjalani dan menempuhi nya.

"bnda dh lepas watpe nk kenang"
"kau nk sakitkan atie dye, tp ati kau sendri sakit watpe beb."
"kumbang bukan nya sekor"
"nape kau nk wat hdup ko sengsara padahal dye ngah bhgia ngan gf dye"
"sabar lah."
"sudah2 lah tu.. allah nk bg kau yg terbaik"
"jgn lah mcmni, kau x nk tlong dri kau utk lpekan dye.. mcmne aku nk tlong kau"

pastu aku terjumpa ayt ni..


SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..


p/s : I forgot you only love me when you're bored..TERIMA KASIH..selamat tinggal. Ya allah, kuatkan lah hatiku ini :'(

Wednesday 11 July 2012

sELaMaT DaTaNg DuNgUn, TeReNgGaNu

salam sumer, hariney mimo nk cte ckit pengalaman ke DUNGUN, terengganu. memandang dah hbis final exam. so mari lah kita mulakan mukadimah crita nyaaa..hehehe

aku gi Dungun bukanlah utk ber-honey moon. berseronok, bersahaja. tapi dengan ade motif sendiri. aku gi ni dalam satu program, iaitu program JPNR-UiTM. nama program tu INTERAKSI 3 PENJURU.
nape 3? x lima ke 10 ke kan?? sebab, tyme ni Uitm dari Dungun, Shah Alam serta Segamat melibatkan dalam aktiviti ini.
Alhamdulillah sumer nya berjalan dengan lancar, ape? mantap?? haaa memang mantap habis lah ! sampai kan REKTOR sendiri cadang kan buat lagi program ni. mudah-mudahan program yang akan datang berjalan dengan lancar.

xnak panjangkan crita, tp cukup lah sekadar tau flow kami dalam program ini.
kami pergi 3 hari 2 malam.
malam pertama.. aktiviti kami adalah ice breaking. dengan erti kata lain. semua peserta dari dungun, Shah Alam dan juga Segamat masing-masing kenalkan diri masing2. dalam masa yang sama, kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan.
sebenarnya dengan aktiviti ini secara x langsung mengeratkan syaitonirojim silaturahim hehehe.

1st day nk merayau kuar jejalan tgk tempat. cantik lah !



2nd day::: eheemm.. ni lah group 6 : ade yg dari uitm s.alam, tgganu dan segamat

hari ke-2
program kami neyh dtruskan dengan upacara perasmian dari timbalan rektor Dungun. serta kami diberi tugas yang amat penting, iaitu untuk menaik taraf pada pelajar Uitm NON RESIDENT.
masing2 dengan gaya sendiri untuk membentangkan cadangan untuk menaik-taraf hehe
aktiviti malam ni yang sronok ni. iaitu aktiviti MALAM KEBUDAYAAN dan juga BBQ . memang x sangka, rupa-rupanya masing2 ade bakat. hahaha.. cer tgk gambar bwah.

group 6 is the best ! hehe

hari ke-3
pagi-pagi lagi dah kne siap2. nak ke mane? kteorg nk gi panjat bukit kat belakang uitm Dungun tu. haaaa.. sape yang x pegi lagi??? rugi beb!! subhanallah sangat cantik dan tak terkata lah. nama tempat tu ialah BUKIT BAUK. haaa cepat, gi search kat google. hehe..
then, korang cuba lah searh TELUK MAYAT. sebabnya paz kteorg nek bukit bauk tu, kteorg singgah kat teluk mayat.
paz hbis jew program, kami gi ke pasar yg sgt terkenal di tgganu. "pase maye"

sempat jugak lah kami bgmbr dengan mereka wat kngn :)

haruslah posing kan.. comey kan? :P

dari kiri : me, syifa', bella, yani.."seronok!" itu lah kata2 kami..


p/s : ade ape ngan teluk mayat? nanananana tgganu kitee~ hikhik




Sunday 3 June 2012

DaRk Shadow

salam sumer, hye3.. alhamulillah ade gak mase nk bebel muehehe
mimo nk bgtaw yang mimo sempat lah keluar bersama-sama ngan sahabat baik bagi mengeratkan syaitonirrojim silaturahim.. oppsss~
kami tgk wyg kul 8.45 p.m..so, memang midnight girls lah :">
tajuk : dark shadow.
venue : kat Suria KLCC.
okeyh nak tau x ape cite ni??

Dark Shadows is a 2012 American comedy horror film based on the 1966–71 gothic horror soap opera of the same name. The film is directed by Tim Burton and stars Johnny Depp (my bf..i wish~hehe) as Barnabas Collins, a 200-year-old vampire who was imprisoned in a coffin but is unearthed and makes his way back to his mansion now inhabited by his dysfunctional descendants. He soon runs into trouble revitalising the family's canned fish business, as his jealous ex-flame and imprisoner Angelique Bouchard, played by Eva Green, runs the rival company. Michelle Pfeiffer also stars as his cousin Elizabeth Collins Stoddard, the reclusive matriarch of the Collins family.

okeyh, kat sini sy ade bagi korang tgk dye nya thriller trailer..
amacam?? hehe

siyes, citer ni memANG laka-laka (kelakar).. tak rugi pown kalau korang nak DOWNDLOAD cte neyhh~ hehe..

me and didie lampick 

left site : me, didie lampick and ola.

 sebelum nk masuk wyg tuuu, kami posing dulu..

ok, movie pown dah habis, memang enjoy dengan movie ni.. errrkk walau ade part yang erkkk.. ape kata korang jelah tengok sendiri.. hikhik

me (mimo) and tina

 movie dark shadow make meee.. SILENT~

iklan sebentarrrrr..!!!
smart kan? bukan sy yg wat tp kwan sy yang wat. 

napelah sarah x tuwun kl.. leyh tgk wyg sesama, gile sesamaaaa hukhuk..
syukur alhamdulillah, aku dpt kawan yang gila-gila, memahami dan juga caring.. luv u girllsss~


p/s : ok fine jangan usha lame sangat gmbr tuuu.. tau lah sy dah gumOOoKK.. berat bdan dh bertambah jadi 6okg. mcmne nk kuwuz niiieeeyhhh! help meee

Wednesday 30 May 2012

::::MUNGKIN, TAK PASTI, AKU YAKIN::::

aku tak tau lah, smpai bila aku masih nak jaga hati orang... smpai bila aku nak fikirkan tentang perasaan org. aku pown mahukan kebahagiaan. aku pown mahukan KEJUJURAN. tapi aku dah tekad dengan satu hal. aku xmahu hdup aku jd mundur sebab kan kau. aku x mahu hdup aku jd sayu sebabkan kau......

MUNGKIN aku maafkan ape yang ko TIPU itu kat aku,
MUNGKIN aku maafkan ape yang kata-kata KEJAM dan MENYAKITI aku..

TAPI aku TAK PASTI yang aku masih boleh MAAFKAN atau TAK dengan PERBUATAN kau kat aku,
aku TAK PASTI dengan KESEDIHAN yang aku rase sekarang ni sampai bila..
dan aku TAK PASTI aku MASIH boleh TERSENYUM atau TAK bila kau sedang BERBAHAGIA dengan SI DIA..
Aku TAK PASTI kita boleh jadi kawan apabila kau putuskan DARI KEKASIH KEPADA KAWAN...

OLEH ITU, sampai sini sahaja kita berhubung.. tak kira sepanjg mana mase pown untuk bertahan terus menjadi kawan.dan sampai di sini saja utk terus menerus berhubung dengan KELUARGA kau..

SEBAB AKU YAKIN.. BANYAK YANG MUNGKIN DAN TAK PASTI dalam hidup ini bila bersama kau.
AKU YAKIN aku masih setia dan masih sayangkan kau walau kau masih bersama dengan kekasih kau.. tapi biarlah cinta ini dalam hati sahaja.
AKU YAKIN ini adalah terbaik dalam segala keputusan... BAIK kau, KELUARGA KAU dan mahupun GF kau.

TERIMA KASIH sebab kau knalkan siapa KELUARGA kau.
TERIMA KASIH juga sebab kau wat aku terus begini..salam.

 p/s : I want to REFRESH my mind.. DELETE all my problems.. UNDO all my mistakes.. & SAVE the happy moments

Tuesday 22 May 2012

cerite suke sukie

kisah ni xde kne mngena hdup mau pon mati. jika ade kne mngena mungkin ianya hanyalah suatu kebetulan :p
dialog ini mengisah incik pakwe mau mngajak cik awek nya utk borak bsama, tp bila borak2 cik awek ni wat mcm  xreti jew.
Onion Display Emoticon Set
bila cik awek xborak2 ngan incik pakwe.

namun, incik pakwe ni akal dye panjang untuk knekan cik awek nya.
Pakwe : awak nak keluar dengan saya tak.?
 Onion Display Icons
(gini lah gaya nya incik pakwe ajak borak)

Makwe : erm..

Pakwe : awak dengar tak saya cakap apa..?
Makwe : yea..
Pakwe : apa saya cakap tadi.? (dengan confident nya incik pakwe bertanya lagi skali kat cik awek)

Onion Display Emoticon 
(ni lah lagak gaya incik pakwe bila ditanya wat kali ke-2)

Makwe : awak nak keluar dengan saya tak.?
Pakwe : nak....hehe

Onion Display Emoticons
(dapat knekan cik awek nya)

-the end-
P/s: agak2 muka incik pakwe ni nk kne makan penampar tak? haha

..::10 'K' Dalam Persahabatan ::..

Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

Bagaimanakah kamu ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang kamu ada?

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.


KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN
terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.
::::stitches:::

:::friends 4eva:::



sahabat karib sudah berkahwin (19/05/2012) tahniah awak!



p/s : rindu kat korang sumer :(

bukan nak mengungkit tp dah dibangkit

"Huh! semua perkara nak dibangkitkan?"
" Apa masalah awak sekarang ini? Kalau macam inilah sikap awak, sesiapa pun tak akan bertahan! Muak dengan cara awak yang tidak pernah ingin melupakan kisah lalu"
 Jangan sesekali mudah mengungkit dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pasangan kamu sendiri.
Setiap pasangan pasti tidak akan terlepas daripada dibelenggu perasaan sedih dan makan hati. Ada kalanya pasangan kamu tidak boleh menerima langsung kisah lampau yang pernah menghantui kehidupan kamu. Malah kesalahan kecil yang pernah kamu lakukan itu juga pasti akan menjadi isu setiap kali pertelingkahan berlaku. Walaupun pada mulanya Si Dia sering mengguna pakai pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih” itu kepada kamu, Seolah-olah ia hadir hanya di bibir sahaja dan bukan dari hatinya yang ikhlas. Jadi apa tindakan kamu? Membiarkan sahaja atau berterus terang? Jom atasi pasangan bermasalah ini dengan tindakan yang sewajarnya.

Patahkan hujahannya

Mampukah kamu mematahkan hujahnya itu? Nak membidas pun rasa serba salah apatah lagi nak mematahkan hujahannya. Kamu perlu ingat bahawa kamu ada hak untuk bersuara walaupun kamu rasa perkara itu akan memburukkan lagi hubungan kamu berdua. Bagi kamu, selagi boleh bertahan, kamu akan cuba juga. Sekiranya kamu terus-menerus membidas dirinya, ini akan menyebabkan si dia berasa hati. Kamu kena ingat, si dia tidak pernah pun memikirkan perasaan kamu sebaliknya dia lagi nak menyakitkan hati kamu. Oleh itu berpada-padalah, jangan sampai si dia menginjak-injak maruah kamu dengan sesuka hati!

"Perli” Si Dia

Bukan susah pun nak mengajar si dia yang kaki mengungkit. Sekali sekala kamu cuba perli si dia dengan mengatakan, “Eh, awak pun bukan tak pernah buat salah, tak silap saya dulu awak pun...,” Mungkin kata-kata ini boleh membuatkan si dia termalu sendiri dan sedar bahawa dirinya juga bukan seorang manusia yang sempurna. Jadi, janganlah main sedap mulut je nak hentam kamu. Si dia ingat kamu ini manusia berhati kering dan langsung tak ada perasaan. Helo! Si dia pun ada kalanya sensitif juga bila mana kamu main lepas cakap sahaja.Sekurang-kurangnya kamu tahulah juga nak memohon maaf berbanding dirinya yang ego itu.

Tolonglah Berubah!

Ish! Kalau diikutkan hati yang marah, pasti sudah lama kamu membidas dan meninggalkannya, bukan? Sebaliknya, kamu cuba juga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Bayangkanlah kamu sanggup bersusah payah untuk dirinya walaupun perkara itu kadangkala tidak relevan untuk kamu lakukan. Sayang punya pasal sebab itulah sanggup, tapi cuba kamu fikirkan semula ada atau tidak si dia berkorban seperti mana kamu lakukan? Kalau tak ada, tolong jangan menyeksa diri kamu sendiri. Kalau setiap kali bergaduh semua perkara nak diungkitnya, susahlah macam tu. Lama-kelamaan kamu pun boleh berjauh hati. Oleh itu mintalah si dia berubah demi mempertahankan hubungan ini, kalau tak baik kamu tinggalkan si dia sahaja!

Lupakan Kisah Lalu

Sebelum kamu berdua mengisytiharkan hubungan kalian ini pasti di antara kamu pernah menceritakan kisah lalu bersama kekasih ataupun membuat perjanjian,andai kata masing-masing melakukan kesilapan tidak perlu diungkit lagi sebaliknya mencari penyelesaian kepada permasalahan itu, kan?” Tujuannya hanyalah untuk menghindarkan kalian berdua daripada pertelingkahan yang lebih besar. Sekiranya si dia mula membangkitkan hal-hal yang lepas mohon si dia ingat kembali kata-kata janji yang pernah dituturkan kepada kamu sebelum ini. Biarlah perkara yang lalu menjadi sejarah dan jangan sesekali diingatkan lagi.

p/s : Situasi ini merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap pasangan yang bercinta. Oleh itu kamu harus menerima pasangan kamu seadanya. :-*

Saturday 28 April 2012

LoVe StOrY

jom kita ber-speaking sikit. dah lama x speaking. tgeliat gak lidah ni.
bukan nya ape, ari rabu ni ade presentation. tp memang bukan tajuk ni lah. hehehe
okay, the story began...
A hansome man proposing to a woman to be his girlfriend. Unfortunately she no has confident to be in part of his life.

Simply girl : Mr. handsome. Sorry I cannot accept your LOVE. you are handsome, famous and intelligent, you are almost perfect. And I? I am nothing. I am not even pretty to start with. I might ruin in your peaceful life.

Mr handsome : hey my Simply girl, come here. hug me. you are not pretty to some but for me you are not just pretty, you are beautiful, you are not famous but for me you are superstar and you are not perfect but you made me realize I am incomplete.

-the end-

p/s : To LOVE is NOTHING. to be LOVED is SOMETHING. to LOVE and be LOVED is EVERYTHING. (,")",)

Friday 27 April 2012

hang out wif my superb duperb BFF

ya salam korang !
di pagi petang yang cerah ni, aku ade nk cite lah cikit.
cite ni sangat lua biasa. errmm maybe yes maybe not ! muehehe
cite nya bermula begini.....

pada suatu petang pada kul 7.19 p.m, hari rabu. bertempatkan di wangsa walk mall.
dari citu lah cerita kami bermula. aku dan kawan2 aku dh wat kputusan watching movie.
tajuk cite tu THE CABIN IN THE WOODS
punya lah excited nk tgk cite horror ni. al maklum lah tgk trailer jew dh seram kan?
korang dh tgk kew trailer nya? bawah ni lah trailer nya....
seram kan? rasa nk tgk kan??
ok ble tgk jew cite tuuu.. gila sangat tak best !!(ayat perli tu) ppfffttt~
okeyh lah.. sebenARNYA siyesly, aku ngan kawan2 aku pon konpius ngan cite ni. cte ni horror kew funny movie?
siyes, mmg balik tu masing2 x puas hati ngan cite tu..
background dah seram dah, dah hebat dh suasana nya tapi nape ble actor tu ckp jew mmg klakar..
apekah cite ni? manekah rasa seram gilerrrrr tu?
seram nyaaa (konon nya lah)
dari beginning cite sampai lah ending cite.cite ni semata2 ade zombie kew? aigoo2~
pastu ending lak mcmtu?? bak kate membe aku.. kat kepala kau nanti akan kua yang ni jew..
"???????"
pastu dah habis jew cite tu.. kami mula lah x habis2 berceloteh bercerita tentang movie tu. mula lah kami wat cite sendiri (gossip girl konon). cite kteorg x sampai mcmtu jew, kami pown gi lah tutti frutti..duduk kat port yang baikkkk punya. ade sofa yang mahal dan ade TV yang besaaqqq habaq hang. memang heaven kan?
from left : dd, me, tina and ola
 kami xyah wat gaya comel sebab kami dah comel.. erkk boleh? haha
ni kowt mimik muka kteorg ble nk lupakan ZOMBIE tu

konon nk makan sambil borak2 sal lain.tapi ble ngadap tv kat tutti fruity tu, depan tu kua cte yang wat kteorg gelak GILEERRR berguling2..ZOMBIE.. zombie lagi? zombie?? otak aku ngan kawan2 aku dah pnuh ngan zombie?? atau aku dan kawan2 aku dah takde perasaan tentang zombie??
nampak zombie jew kteorang ketawa. x tau lah nape kan.. sampai satu tahap tu mungkin org igt kteorang gila kowt.

 
baca yg highlight merah tu.. itulah yang kami suka sangat~(letak tangan di bahu mata ke atas)


gituw lew kteorang bila tak puas hati cite. habis sumer dinding pesbuk dok conteng sal cite ni jew.
neway, memang had fun ngan dorang. luv u ollss~ thanx coz stil being my bff :-*

p/s : dont judge a story like its trailer >> peribahasa sendiri sudahh :D

Monday 23 April 2012

OH ! KINI KU MENGERTI

JANGAN PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU, kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dahulu..

Betapa banyakpun lafaz cintanya di bibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya KINI JAUH TERPINGGIR, namun TUHANNYA terdahulu lagi telah lama TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan orang baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedang KESEDIHANMU kini kerana Tuhan mahu MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA


p/s : alhamdulillah.. Allah sentiasa buat yang terbaik untuk kita

Sunday 22 April 2012

::..ABC..::

Isteri : Apa Yang Abg Fikirkan Tentang Saya Ek?
Suami : Awak ABCDEFGHIJK
Isteri : Apa Dia Tu??
Suami : Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot..
Isteri : IJK?
Suami : I'm Just Kidding. Hahaha
Isteri : Abang ni kan. His LMN .
Suami : LMN? Eh Apa Tuh??
Isteri : Lempang Muka Nak?
Suami : HAHAHA XNAK!!



p/s: seronok kan gurau manja macamney?

excited naik bus??

salam sumer,
harini ade mud nk cite lah ! mungkin sebab terlebih excited kowt ngeee~
cite ni pasal semalam..
pagi semalam siyesly ptut dh balik taw!! tp sebabkan ade tez kan.. pegi jelah ngan redha..
tp dalam hati tuhan saja yg tau...

pastu bila habis jew tez.. mcm habis final exam jew ! :)

brippp brriippp!!

aku dapat mcg dari membe baik aku..

membe : ble ko nak balik ni?? bosan lahh!!!
aku pown balas..

aku: japgi aku balik lah. baru jew habis tez ni.
membe: balik cepat sikit taw
aku : aku nk balik cepat mcmne kalau tiket pon aku x bli lagi ni
membe: kalau dh sampai kl, mcg aku tau nnti kite kua sesama yew.
aku: baik! (macam kne dapat arahan plak hehehe)

tak lame pastu.. brriiippp!!brriipp!!!
membe: ko katne?
aku: ade jew dalam bus ni (ntah nape tetibe jawapan bangang kua plak)
membe: yelah tp katne dh tu?
aku: ntah aku pown x tau tgk kiri kanan hutan jew hahahaha! (jawapan bangang lagi) 
membe: hahaha apelah kau ni, sampai mne pun x tau. cepat lah cikit smpai !!
haiisshh ni yg aku malaz ni, mcmne au nk cepat kalau nek bus pon lembap gila. pastu aku ade mse lak nk gtaw kat drebar tu mcmni.."pkcik, bwk laju lagi leyh? sb sy nk kuar ngan sy ni?" 
okeyh, mmg x logik :p
pastu aku sampai jew umah, aku trus kua nk jumpa membe aku ni..

membe: so, kita nk kemane?
aku: x kesah mane2 pown.
membe: xpew kew nk jejalan ni? cian ko penat kan.. baru balik dh kne jalan2.
aku : x pew xde hal nya..hehe so, kita nk ke mane?
membe: gi wangsa walk lah nk?

aku trus terdiam, aku dh smpai umah pastu ke kl sentral pastu patah balik ke wangsa maju tu?
okeyh, xpew.. memang aku suka jejalan pon~

membe: weh, ko nk nangis kew? nape diam?
aku: mnede aku nangis. ok jew nk gi wangsa walk. hehe
membe: xpelah kita gi mid valley. dh lame x gi mid valley kan.
aku: eh2 kita nk gi mane satu ni? mid ke wangsa walk? kita kat central ni. mne2 pon kita leyh gi.
membe: ok lah kita gi mid. nek lrt turun kat bgsar then nek bus.
aku: nek bus? nape x naik ktm jew?
membe: nek bus free jew. 

free? ade kew kat kl ni bus free? bia btol? aargghh dye gurau jew ni

aku: okeyh, jom jew. aku x kisah mne2 pon.

sesampai jew kat lrt bangsar, tmpat tunggu bus. aku pon menanti dan trus menanti sambil borak2 kan. mcm lame sgt x jumpa. pastu dtg lah bus RAPID ney.. 

aku: bus ni kew kite naik?
membe: bukan lah, bus ni kne byr lah.
aku: habis bus ape yg kita naik ni.
membe: saba lah.
**xlama pastu bus pown smpai**
membe: hah tu pown bus, jom naik cepat !
aku: hah, jom2.. tambang bape? (terkebil-kebil sambil nk kuarkan duit)
membe: free~


* terus jew membe aku masuk tanpa menghulurkan sebarang duit, dan aku pon trus mengikuti nya*
membe : ko nape?
aku: erm, aku excited sb dpt naik bus free kat kl neyh~
membe: gila ! hahaha
aku: lorh betul pew mane ade bus free melainkan bus yg aku naik ni. gila excited jap !

terus aku pandang kiri kanan, ptut lah pown. usha semacam jew yg lain ni. mesti dorg igt aku gila. aku x gila weyh !! haha
pastu sampai lah aku di mid valley ~
mid valley :"> 

pengalaman baru yang aku timpa sepanjang posting ini adalah cara lain atau alternatif untuk ke Mid Valley jika anda tidak suka, leceh, atau meluat untuk menggunakan perkhidmatan komuter(yg sesak gile, lembap nk tunggu, kekadang kne raba)....hahahaha. 1st, naik LRT-Putra sehingga ke stesen LRT-Putra Bangsar. Dari sini, terdapat sebuah shuttle yang akan ke Mid Valley secara percuma.

p/s: rasa nk ajak semua kaum kerabat naik bus yg percuma. hanya ada di key ell ni. korang ade? haha

Friday 20 April 2012

::..If we...::

dear heart~

if being together was a mistake
i should avoid you on the first met
if saying hello will make us apart
let i just be here without your greats
if saying goodbye will break my heart
you just go and no more tolerate
if love make us suffer
i wish i shouldn't have hopes any longer


 

Sunday 1 April 2012

SAYA TIDAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik,
tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN
kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya akan MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya seadanya..

p/s : insyaallah, mudah-mudahan sy dpt bertemu org yg tidak mempermainkn hati seorg wanita di kelak hari :)

Sunday 25 March 2012

..:: jodoh itu rahsia Allah ::..

Awk jodoh itu rαhsiα ALLAH . .
☻♥ ☻
/█\ / █\
.||.    .||.
SEKUAT mnα αwk SETIA . .
SEHEBAT mnα αwk MERANCANG . .
SEJAUH mnα αwk MENUNGGU . .
SEKERAS mnα αwk BERSABAR . .
SEJUJUR mnα αwk MENERIMA SAYA . .
Jikα ALLAH Tidαk Menulis Jodoh Kitα Bersαmα . .
Kitα Tetαp Tidαk Akαn Bersαmα . .


p/s : Hargai hidup anda..

dear heart..

di luar aku senyum.... tapi di dlm hati, aku menangis...
di luar aku nampak mcm suka jew... tapi di dlm hati, aku benci...
di luar aku nampak mcm tak kisah... tapi jauh dilubuk hati, aku terkilan..
di luar nampak mcm tak ada apa2 yang berlaku... 
tapi di dalam, tersembunyi beribu persoalan yang belum terjawab..


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

 



p/s : Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Saturday 10 March 2012

niat puasa..

salam sumer~
saje jew nk post mcmni. walaupun skg bkn bulan ramadhan mahupun bulan mengambang tp x kisah lah kan kalau untuk memperingati pada org lain dan juga pada diri sendiri :)


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan : 


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى 


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 




next, bila seseorang itu tidak berpuasa pda bulan ramadan dengan munasabab yg tertentu.
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :


عن قضاء فرض رمضان لله تعالى نويت صوم غد


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala. 


Doa Ketika Berbuka Puasa 


اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين. 


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani. 

p/s : moga allah memberkati ape yg kita jalani dalam fardu :)

Monday 27 February 2012

Di saat aku menangis keranamu..

Di saat aku menangis dihadapanmu, itu bererti aku tidak dapat menahannya lagi tentang kesedihan yang dihadapi. Aku masih ingat lagi, di saat kau memegang tangan saat aku menangis, di situ aku berharap aku akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Tapi lama-lama kau membiarkan aku pergi,  dari situ aku mulai rasa sedih yang teramat. dan dari situ lah bermulanya yang aku tidak akan kembali menjadi diri ku yang dulu, selamanya!


aku jenis xkan menangis dengan senang, tapi di depan yang orang yag aku sayang, aku jadi lemah ! yea, x sangka aku menangis dengan mudah hanya kerana aku sangat menyayangi kau. aku sanggup turunkan rasa ego aku hanya kerana kau.. 
aku menangis kerana kau.. di saat aku mengalirkan air mata, kau gengam erat tangan ku. di saat itu, aku mahu kau mengerti yang aku sentiasa dan tetap bersama kau sepanjang hidup kau walau apa pun. dan aku juga berharap kau tidak sia-siakan aku.


tapi, kerana keputusan kau, kau seolah-olah telah merosakkan kehidupan ku.. kau telah buat hidup aku jadi tak tenteram. tapi apa yang aku mampu buat untuk kau kembali pada ku? aku tak mampu buat apa-apa pun. aku cuma mampu undur diri demi kebahagiaan kau. Mampu lagi kah aku untuk tertawa disaat kau bahagia...




Saat aku menangis didepanmu, saat aku menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam mataku. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakan oleh ku hanya keranamu.. 
aku harap kau kan mengerti betapa berharganya diriku.



Aku terus terdetik dan berfikir.. apakah keistimewaan pada aku ini ? yea, aku tiada apa-apa yang istimewa berbanding dengan kebahagiaan kau. aku hanya mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN yang aku hadapi..


aku harap  TITISAN air mataku dapat membawa PERDAMAIAN.

Friday 24 February 2012

sifat anda melalui buah-buahan

JOM KENALI SIFAT PERIBADI MELALUI BUAH-BUAHAN..
Monkey Icon Yoyo


a. epal  


b. pisang


c. limau


d. mangga


e. rambutan


f. betik


Monkey Winks


Buah manakah yang akan anda pilih ? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.
(((JANGAN TENGOK JAWAPAN DIBAWAH DULU..... . PILIH DULU BUAH APA.... ..:)))
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia jawapannya...


a. jika anda pilih epal: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan epal


b. jika anda pilih pisang: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan pisang


c. jika anda pilih limau: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan limau


d. jika anda pilih mangga: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan mangga


e. jika anda pilih rambutan:
bererti Anda adalah
orang yang suka makan
rambutan


f. Jika anda pilih betik: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan betik


░░░░▄▄▄▄▀▀▀▀▀▀▀▀▄▄▄▄▄▄
░░░░█░░░░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒░░▀▀▄
░░░█░░░▒▒▒▒▒▒░░░░░░░░▒▒▒░░█
░░█░░░░░░▄██▀▄▄░░░░░▄▄▄░░░█
░▀▒▄▄▄▒░█▀▀▀▀▄▄█░░░██▄▄█░░░█
█▒█▒▄░▀▄▄▄▀░░░░░░░░█░░░▒▒▒▒▒█
█▒█░█▀▄▄░░░░░█▀░░░░▀▄░░▄▀▀▀▄▒█
░█▀▄░█▄░█▀▄▄░▀░▀▀░▄▄▀░░░░█░░█
░░█░░▀▄▀█▄▄░█▀▀▀▄▄▄▄▀▀█▀██░█
░░░█░░██░░▀█▄▄▄█▄▄█▄████░█
░░░░█░░░▀▀▄░█░░░█░███████░█
░░░░░▀▄░░░▀▀▄▄▄█▄█▄█▄█▄▀░░█
░░░░░░░▀▄▄░▒▒▒▒░░░░░░░░░░█
░░░░░░░░░░▀▀▄▄░▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒░█
░░░░░░░░░░░░░░▀▄▄▄▄▄░░░░░█ oOpss!




p/s : saya bukan ahli nujum mahupun ahli tafsir dan x jugak ketinggalan ahli psychology.. mueheehehh~  :))