Thursday, 15 November 2012

Tutorial Cara Menukar Nama dan Password WiFi P1 WiMAX


Salam 1 Malaysia. Hari ini aku nak berkongsi cara-cara atau lebih kepada tutorial menukar nama dan password wifi P1 WiMAX daripada tetapan asal. Hampir semua sedia maklum, password bagi wifi P1 WiMAX mudah untuk kita ketahui jika username atau nama wifi atau SSID tersebut merupakan SSID asal semasa pembelian modem. Nama wifi dan password P1 WiMAX ini memang kita sendiri yang perlu menukarnya daripada tetapan asal. Ok jom kita start.

1. Mula-mula kita masuk url ni http://10.1.1.254 pastikan kita sedang menggunakan talian internet P1 WiMAX yang kita hendak tukar nama wifi atau password tersebut. So lepas enter url tersebut akan terpapar page seperti dibawah.


2. Masukan Username dan Password. Tak tahu? Tidak mengapa. Masukan Username admin dan isi kan Password admin123 kerana Username dan Password tersebut merupakan tetapan asal pemilik akaun P1 WiMAX. Kemudian klik Login dan akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.


3. Klik pada Networking seperti diatas kemudian akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.

4. Klik pula pada WiFi seperti gambar diatas, ubah juga dibahagian User Default dengan memilih User Defined klik Next dan kemudian akan terpaparlah gambar page seperti dibawah.

5. Di page ini korang boleh mengubah nama wifi korang dengan mengubah SSID di bahagian Common Setting dan boleh mengubah password wifi korang dengan mengubah WEP Key dibahaguan Security Setting seperti gambar diatas. Selepas selesai ubah klik Apply dan akan auto redirect ke home page asal tadi. Kemudian restart la modem P1 WiMAX korang tu. Akan muncul la nama wifi baru di Wireless Network Connection di laptop korang.

p/s : Untuk menukar Password pada Username semasa login di step no. 1 boleh pilih Personalization seperti yang terdapat di step no. 3 | Jangan sesekali klik Stop pada step no. 4

Entri ini aku buat atas permintaan kawan aku dan aku harapkan dia berjaya la menukar nama dan password wifi P1 WiMAX dia tu. Entri ini juga untuk dikongsi bersama sedikit sebanyak ilmu yang ada terutamanya bagi pengguna talian P1 WiMAX supaya dapat menggelakkan talian korang dicuri dan akhirnya internet P1 WiMAX korang akan lembab dan akhirnya bandwith akan limit. Segala pertanyaan, kritikan dan sebagainya boleh dilemparkan dibahagian komen dibawah. Sekian.

p/s : Jika ada terdapat masalah kemungkinan anda menggunakan p1 box putih atau versi baru, sila hubungi 1-300-03-1300 cik wanie atau pegawai lain untuk maklumat lanjut.
**sharing is caring NOKKKK!!** hehe

No comments:

Post a Comment